Tuesday, 2 July 2013

Merubah Hati

Gambar
1. Penapis rokok
2. Pemerhati datang bertanyakan perihal kemasukan pelatih ke PJMH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa habag semua? Pak Itam nak minta maaf kepada saudara/i pembaca semua sebab lama tak berkongsi cerita dan berita dalam blog ini. Tak tahulah kenapa, setiap kali nak mula, hati rasa tak sedap. Terus membatalkan hasrat untuk menulis. Harap kali Pak Itam boleh memberikan kongsikan sesuatu yang bermanfaat pada semua walaupun kita sebagai hamba tidak dapat memberi mudharat dan manfaat. Hatta nak menggerakkan jari pun dengan izin Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu.

Dah sebulan Pak Itam berada di
Pusat Jagaan Merubah Hati. Abuya mencetuskan projek menangani penagihan rokok dan dadah. Sebulan berjalan dan Pak Itam terus melihat 2 jenis perubahan yang perlu dibuat dan sedang rancak berlaku.

1. Merubah yang lahir
2. Merubah yang rohani

Selama sebulan, banyak perkara yang lahir sedang berlaku dan mudah dikesan oleh mata. Kalau sebelum ini, prasarana agak
dhaif tapi kini sudah nampak perubahannya. Kalau lampu tak cukup maka ditambah lampu, kalau panas boleh tambah kipas siling atau kipas dinding. Bahkan ada alat penghawa dingin bagi memberikan suasana yang lebih nyaman. Begitulah seterusnya perubahan lahir yang berlaku. Semua boleh dipantau dan disusun oleh ketua projek. Semakin hari semakin
cantik dan semakin meriah.

Namun perubahan bersifat rohani, nak ukur macamana? Adakah satu alat yang mampu mengesan? Nak mengesan dari malas beribadah kepada rajin dan suka dengan ibadah, dari takut berjuang kepada ghairah berjuang. Dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Ada ke alat yang mampu menilai sembahyang seseorang sudah mula khusyuk dan sudah ada rasa?

Bukan itu sahaja, siapa pula yang mampu memberi panduan dan bimbingan untuk merubah hati?

Nampaknya kita sangat memerlukan seorang Doktor , Guru dan Pemimpin Rohani. Maka PJMR sangat mengusahakan agar setiap petugas dan pelatih mempertingkatkan hubungan dengan Allah agar hati bertambah rasa takut dari hari ke hari. Agar bertambah pula rasa rindu kepada Rasulullah SAW dari hari ke hari. Suatu usaha yang tidak boeh dipandang remeh, ia sangat memerlukan kesungguhabahn yang betul-betul dari hati yang ingin berubah.

Proses bersifat rohaniah dan maknawiyah hanya mampu dibuat oleh guru musyid yang
rohnya terhubung dengan roh baginda Rasulullah SAW. Kerja membawa manusia kepada Allah adalah kerja Rasulullah dan warisatul anbiya'. Lebih-lebihlah lagi untuk membebaskan diri dari cengkaman yahudi iaitu dadah dan rokok.

Rokok dan dadah adalah rancangan jahat yahudi. Menciptanya untuk memutuskan hati hamba kepada Allah. Berjayanya yahudi kerana tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang terlepas dari dadah dan rokok. Berjuta bilion duit dihabiskan oleh rakyat untuk 'menikmati' hidangan yahudi. Pokok tembakau yang berasal
dari air kencing iblis semasa dia dihalau keluar dari syurga. Kerana ketakutan sampai kerkencing-kencing. Itulah asal pokok tembakau. Bahkan baru-baru ini akhbar mendedahkan bahawa penapis rokok dari darah
babi. (Lihat gambar 1).

Kerajaan pun telah membelanjakan bilion ringgit dalam program 'taknak rokok'. Atas niat dan dasar apapun kita kurang pasti, namun kita melihat semakin ramai yang menghisap rokok. Ia melibatkan terus kepada golongan remaja termasuk kanak-kanak yang berada diperingkat sekolah rendah. Ibarat mencantas dahan atau ranting dari pohon yang menghasilkan buah yang beracun, dicantas 1 ranting tumbuh lagi 10 tunas yang baru yang mengasilkan lebih banyak buah yang beracun. Dicantas lagi, lahirlah lagi tunas-tunas yang baru sehingga tidak mendatangkan penyelesaiannya.

Sepatutnya pokok tersebut ditebang bahkan dicabut sehingga keluar akarnya. Kemudian barulah ditanam benih yang baru yang mengeluarkan buah yang baik, manis dan lazat. Itulah yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Inilah kaedah yang Abuya guna sekian lama iaitu proses merubah hati. Bahkan ianya merupakan kesinambungan perjuangan baginda Rasulullah SAW dalam membawa umatnya kepada Allah dan Rasul sehingga mampu merubah bangsa Arab kepada satu bangsa yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan. Program Rasulullah SAW terus menuju hati manusia.

Firman Allah yang bermaksud,
' Sesungguhnya Allah tidak meruubah nasib sesuatu bangsa itu sehingga kaum itu merubah apa yang ada di dalam diri mereka (hati)'

Sabda Baginda yang bermaksud,

' Dalam diri anak Adam ada seketul daging. Kalau baik daging itu akan baiklah
seluruhnya, kalau rosak daging itu, maka rosaklah seluruhmya. Itulah dia hati'.

Semoga PJMH akan terus berjaya mengembalikan anak-anak remaja kepada Allah dan Rasul. Terima kasih Abuya atas panduan yang berterusan dan terima kasih Bonda Wasilah yang menerajui usaha murni ini. Dan khusus buat Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad SAW kerana bagindalah peneraju kebangkitan Islam kali ke 2, sumber segala cahaya, rahsia, ubat bagi segala penyakit dan anak kunci bagi segala kejayaan.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

2 comments:

  1. http://www.kakisembang.com/2012/09/santai-video-budak-merokok-sejak-11.html


    Umur 11 bulan pon dah merokok..berlaku di Indonasia...

    ReplyDelete