Monday, 24 June 2013

"JEREBU" DLM ISLAM.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Statistik terkini bacaan Jerebu di seluruh Malaysia 23 Jun 2013


Statistik terkini bacaan Jerebu di seluruh Malaysia 23 Jun 2013 - Bacaan paras jerebu yang dicatatkan sekitar pagi Ahad di seluruh Malaysia cukup mengejutkan apabila berlaku peningkatan mendadak di kawasan Muar, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai. Paras bacaan jerebu yang dicatatkan di tiga kawasan ini melepasi aras kategori Very Unhealthy yang dibenarkan dan bakal mendedahkan penduduk di
kawasan berkenaan dengan pelbagai risiko penyakit khususnya kepada penghidap penyakit asma dan tibi.

Orang ramai dinasihatkan agar memakai penutup mulut dan hidung ketika hendak keluar rumah atau pergi membeli-belah. Sebarang aktiviti pembakaran di kawasan halaman rumah tidak digalakkan kerana risiko kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta. Di sini, admin ingin berkongsi statistik terkini bacaan paras jerebu di seluruh Malaysia sekitar pagi Ahad, 23 Jun 2013.


"JEREBU" DLM ISLAM.....
"Jerebu adalah 10 tanda besar
kiamat. al-Quran
memperuntukkan satu
surah khas mengenai jerebu iaitu
surah # 44 (Ad-Dukhan). surah ini diberi nama
sempena ayatnya yg ke-10

" dan tunggulah hari ketika langit
membawa jerebu yg nyata."

Imam Muslim
meriwayatkan dari Hudzaifah RA "
Kiamat tidak akan terjadi hingga
kalian melihat 10 tanda. lalu
baginda menyebut antaranya
jerebu. (Muslim, #2901) Kata
Imam Nawawi dalam syarahnya,
jerebu yg menandakan Kiamat
akan berlansung selama 40 hari.
ia membawa kesan selsema dan
sesak nafas kepada orang
mukmin dan menimpakan
musibah besar kepada kaum
kuffar dan haiwan. (syarah Muslim
oleh Nawawi jld 18. ")

Wallahua'lam
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

No comments:

Post a Comment