Tuesday, 23 April 2013

Penjarakan Nafsu ku.. Membalas Surat dai Asrama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah membaca surat dari Asrama Tahanan Jedah, tentu kita semua ada berbagai-bagai perasaan. Masakan tidak, ibu kita, ibu roh, ibu keselamatan ditahan bersama dengan adik beradik kita yang lain. Tentulah hati kita dimain-mainkan oleh kerajaan Ajaib yang menyusun dan mentadbir perkara-perkara yang telah, sedang dan yang akan berlaku

Tapi kalau dalam hati kita takda apa-apa perasaan, amat malang sekali. Dan inilah Pak Itam sangat cemaskan dir sendiri.
Perasaan ini bukan boleh dibuat-
buat atau dipaksa-paksa. Ia adalah anugerah Allah kepada mereka yang Dia kehendaki. Perasaan yang di transfer masuk ke dalam hati atau dikredit terus ke akaun hati kita.

Hak Tuhan nak bagi bila permohonan dah cukup syarat. Ini yang mencemaskan. Adakah syarat-syarat itu sudah kita persiapkan sungguh-sungguh? Ya... Sembahyang yang dihayati akan dianugerahkan perasaan takut dan harap kepada Allah dan rindu kepada Rasulullah. Sembahyang yang setiap patah perkataan difahami terjemahan dan tefsirannya, setidak-tidak secara ijmali. Setiap perbuatan
ada roh dan rasa dalam hati. Semua itu pakej utama dalam mengharapkan subsidi iman dari Allah.

Jadi ruang kali ini nak ajak pembaca untuk merespon surat dari Asrama Tahanan. Hantarlah pada Pak Itam rasahati atau respon terhadap surat tersebut. Insya Allah akan di publishkan dalam blog Pak Itam . Tapi kalau taknak publish pun tak apa. Moga-moga kita dapat belajar apa perasan orang lain terhadap ibu kita dan adik beradik kita. Atau orang lain pula tumpang belajar dari kita.

Surat 1.
Dari Hamba Allah

Membaca surat dari Asrama Tahanan , begitu hati yang dimahukan oleh. Dia Yang Empunya Segala2nya. Program apa pun yang Tuhan lalukan buat hamba2 baik ujian mahupun nikmat , hati hamba begitulah jua, Universiti RasaHati buat kami pelajar out campus, mahupun in campus, pasti akan gagal melepasinya jika terputus pimpinan dari gurunya. Ay tlg pegang hati kami untk menjadi hamba sehambanya. Ampun Ay
Sekian.

Jika ssesiapa nak balas surat dari Asrama Tahanan. Hantarlah pada Pak Itam. Untuk dikongsi sama.

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

1 comment:

  1. Khusus Untuk jemaah GISB untuk perhatian dan respon mengenai mimpi hamba:

    http://tintasufi313.blogspot.com/2013/04/roh-antara-mimpi-realiti-kehidupan.html

    ReplyDelete