Monday, 4 March 2013

Dakwah dan Tarbiyah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa khabar semua? Moga anak-anak buah dan kawan-kawan Pak Itam tidak jemu-jemu membaca blog ini, disamping blog yang utama, Suara Haramain dan juga blog-blog dari para pimpinan GISB yang lain.

Kali ini nak kongsi pengalaman semalam, perjalanan Pak Itam bersama team Kementerian Luar di Keningau. Kami bergerak dari BRSA Pasir Puteh ( Keningau ) menuju ke daerah Sook.

Perjalanan kamiyang mengambil masa 45 minit dimeriahkan oleh setia usaha Kem, Cikgu
Sanin. Beliau yang pernah
menuntut di Maktab Perguruan
Keningau ( kini dikenali sebagai Institut Perguruan Keningau )bersama dengan Sy Azlan pada tahun 1991 menceritakan pengalaman beliau.

Bahkan banyak perkara yang beliau perkatakan sepanjang perjalanan, seolah-olah kita bersama 'moving google". Tekan saja keyword akan meluncurlah dari mulut beliau ilmu dan perkara yang berkaitan.
Perjalan yang lancar, jalan 'aspal' yang baru disiapkan memperlihatkan berkatnya bumi Malaysia. Sampai ke kawasan pendalaman pun jalan diturap dgn tar..

Setibanya di persimpangan Kampung Simpang Empat (rupanya banyak juga nama tempat mengambil sempena simpang empat) sedia menanti Us Soleh bersama kenderaan pacuan 4x4. Kami mengekori beliau melalui jalan tanah merah pula. Perjalanan melalui 2 km, maka sampailah tempat yang ditujui, Kampung Simbuan.

Setibanya kami semua disambut dan oleh Saudara Faisal serta abang-abangnya. Rupanya Kampung Simbuan ini mempunya 6 buah rumah sahaja. Semua mereka dari kaum Dusun. Tiang letrik dah ada dan setiap rumah dah siap pendawaian. Tunggu nak pasang meter aje oleh SESB (Sabah Electric Sdn Bhd). Jadi sementara itu setiap rumah menghidupkan lampu dan peralatan letrik mereka
menggunakan generetor.
Rasanya macam masuk Kg Al Arqan sekitar awal 80an

Selepas solat magrib berjemaah, kami dibawa kerumah sebelah. Masya Allah. Ada sebuah surau yang boleh memuatkan 50 orang jemaah pada suatu masa. Sedang menunggu di dalamnya seramai 20 orang anak remaja lelaki dan 2,3 orang dewasa.

Kami bertahlil AM dan alangkah terkejutnya sebab tahlil yang kita dendangkan mereka ikut dengan lancar. Setelah ditaklimatkan, kebanyakan mereka adalah bekas pelajar sekolah Arqam di Kg Tagas Tuaran. Surau itulah tempat mereka berkumpul setiap malam.

Pak Itam diminta untuk sampaikan sesuatu pada mereka semua. Agak susah juga untuk buat keputusan apa yang perlu disampaikan. Namun setelah bertawasul maka Pak Itam nekad untuk membawa mereka pada perkembangan jemaah terkini.

Alhamdulillah semua menerima termasuk isu Abuya ghaib. Cuma seorang saja yang bertanya, itu pun kerana nak tahu bagaimana nak menjawab soalan kawannya. Soalan kedua pun datang dan Pak Itam susen juga. Dia bertanya bila nak datang lagi....

Akhir sekali aacara kemuncak pun tiba. Ye semua sudah almaklum .... Program jamuan. Di Pendalaman Sabah yang istimewa ialah Payau (rusa). Kami dihidangkan sup ayam serta daging Payau salai. Ini kalilah.....
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

1 comment:

  1. tk betul. kg simbuan mempunyai ratusan buah rumah..mempunyai sebuah sekolah rendah... agak-agak salah tempat kot korang datang hehe

    ReplyDelete